KONSEP
KAWASAN AMAN, BEBAS & BERKECUALI (ZOPFAN) DI ASIA TENGGARA
Latar belakang
Sebagai
blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya
lebih
berpegang
kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan
awam,
bebas dan berkecuali (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah
diterima
sebagai
pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala
Lumpur
pada
27hb. November, 1971.
Konsep ZOPFAN
Konsep ZOPFAN
ZOPFAN bermaksud kawasan aman, bebas dan berkecuali.
Konsep ini memastikan Asia Tenggara tidak terlibat dalam sengketa antara
kuasa-kuasa besar ketika Perang Dingin.
Konsep ini juga memastikan kawasan ini tidak mempunyai pangkalan tentera asing.
Semua negara ASEAN telah menerima konsep ini dan Malaysia pula telah menjadi
konsep ini sebagai kerangka utama dasar luar negara.
Begitu juga dengan negara-negara ASEAN lain.
Rasional
Beberapa
faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah
mendorongkan timbulnya
konsep ZOPFAN ini. Faktor‐faktor dan peristiwa itu ialah:
Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa‐kuasa
besar dalam konteks
ketegangan
politik Timur‐Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran
tentera‐tentera
British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an.
Perkembangan‐perkembangan
tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negaranegara
ASEAN,
kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.
Peperangan‐peperangan di Korea dan di Vietnam telah
menyakinkan ASEAN bahawa
campurtangan
dan sokongan tentera kuasa‐kuasa besar dalam pertelingkahan negaranegara
kecil
Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan dirantau ini.
Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan
pertubuhan kerjasama ekonomi
serantau
ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.
Kepentingan
ZOFPAN
Kepetingan
ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia
Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan
berkecuali
daripada pertelingkahan politik kuasa‐kuasa besar khususnya Amerika Syarikat,
Russia
dan
Republik Rakyat China.
Strategi
Pelaksanaan
Antara
strategi‐strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai
objektif
tersebut
adalah:
Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa‐kuasa
besar tentang objektif
atau
usaha menjadikan.
Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara
dalam jangka panjang.
Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas
daripada senjata nuklear.
DASAR LUAR NEGARA
Manusia tidak akan hidup berseorangan, anatomi ini
adalah seumpama setiap negara harus ada hubungan luar untuk mencapai matlamat
tertentu. Antaranya adlah untuk menjamin pertahanan dan keselamatan negara dan
rakyat, pembangunan ekonomi perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi.
Hubungan luar atau hubungan antarabangsa merupakan
satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.
Hubungan yang melampaui sempadan ini bukan sahaja melibatkan hubungan antara
negara dengan negara, bahkan merupakan hubungan yang turut melibatkan
entiti-entiti (atau dalam istilah politik disebut sebagai aktor) lain.
Entiti ataupun aktor-aktor tersebut terdiri daripada
organisasi dan institusi antarabangsa, syarikat-syarikat multinasioanal dan
individu-individu. Kerajaan kita telah merancang dasar luar yang dinamik. Ciri
utama dasar luar yang dinamik ialah tidak kaku, tetap stereotaip, tetapi
berupaya mengubah corak dan orientasinya selaras dengan maklum balas yang
diterima oleh kerajaan serta setimpal dengan tuntutan masa keeprluan negara.
PERANAN KEMENTERIAN
LUAR NEGERI
Misi kementerian luar negeri adalah menegakkan
kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia, mempromosi dan melindungi kepentingan
Malaysia serta memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pihak berkepentingan dan pelanggan kementerian
melalui amalan diplomasi yang dinamik dan proaktif.
•
Menguruskan
hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala dengan negara-negara
asing dan penubuhan pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang
politik.
•
Mempromosi
pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing
•
Menjalankan
aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej negara di luar negeri
•
Mengendalikan
aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan, pentadbiran am, kewangan, konsular,
keselamatan, dan komunikasi
PERANAN ASEAN
• Peranan utama Malaysia adalah memupuk kerjasama dalam bidang ekonomi,
kemasyarakatan dan kebudayaan.
• Dalam bidang pendidikan Malaysia berperanan meningkatkan pengajian di
kalangan anggota melalui pertukaran tenaga pengajar antara universiti .
• Dalam bidang kebudayaan serantau, Malaysia telah menyertai rombongan
kebudayaan antara tiga buah Negara melalui pertunjukan kebudayaan antara Negara
anggota iaitu Filipina, Malaysia dan Thailand.
PERANAN
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
• OIC bertindak sebagai satu-satunya forum khusus
untuk negara-negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesama Ummah, khususnya
mengenai konflik Israel-Palestin
• OIC ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan
Malaysia. Malaysia diberi penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik
menjadi Setiausaha Agung OIC yang
pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi
• Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa
buah negara OIC seperti Petronas di Iran
• Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara
negara Islam, Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-quran pada tiap-tiap
tahun
• OIC juga berperanan membendung segala unur jahat
yang menindas umat Islam di seluruh dunia.
• OIC juga akan menjadi rujukan dalam
mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum hakam yang dihadapi oleh umat Islam
sejagat
KUMPULAN LAPAN
NEGARA ISLAM MEMBANGUN (D-8)
D-8 ditubuhkan pada 1997 dan dianggotai oleh negara
Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.
Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA) menjadi kunci utama bagi mencapai
sasaran dan tindakan setiap negara anggota dalam meratifikasikan perjanjian
tersebut boleh melenyapkan pelbagai halangan dalam bidang perdagangan.
Pada sidang kemuncak kelapan ini, dua dokumen
penting dimetrai iaitu Visi Global (2012-2030) dan piagam D-8 yang antara lain
bertujuan membolehkan gagsan itu mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan,
menjadi sebuah kumpulan ekonomi dinamik dan mewujudkan kerangka kerja kerjasama
ekonomi merangkumi pelbagai aktiviti untuk mengubah kualiti kehidupan rakyat.
• Pada
peringkat antarabangsa, Malaysia telah dilantik menjadi tuan rumah kepada
beberapa persidangan, ketua delegasi, presiden PBB, pemimpin pertubuhan dan
sebagainya.
PERANAN KOMANWEL
Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British,
teramsuk Malaysia. Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957
Matlamat utama penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan
dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian, dan
perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.
Ekoran kemerosotan dan pencemaran alam sekitar, ketua-ketua negara
Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan seperti yang
berikut :
• Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan
alam sekitar
• Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara
maju dan sedang membangun
• Pengurangan pencemaran laut
• Mengatasi maalah penipisan lapisan ozon
PERANAN NAM
NAM atau
singkatan bahasa Inggerisnya the Non-Aligned Movement yang juga dikenali
sebagai pergerakan negara-negara berkecuali telah diasaskan pada tahun 1961
bersempena sidang kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia. Asas
penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh
dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang
mendominasi dunia pada ketika itu
Tujuan
penubuhan NAM adalah seperti berikut :
• Memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota
• Menjadi forum bagi negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu
semasa
• Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi
• Memperjuangkan hak dan kepentingan negara-negara sedang membangun
• Mengubah perjuangan NAM adalah hal-hal politik dan ekonomi
• Meningkatkan kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan anggota NAM
melalui perundingan
• Meningkatkan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM di mata dunia
KERJASAMA SELATAN-SELATAN (KSS)
KSS ditubuh kan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan ekonomi Negara-negara
membangun dan mengelak kan tekanan dari Negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat, Jepun dan Britain. Malaysia mencadangkan agar ditubuh kan kerjasama
Selatan-selatan. Antara resolusi yang dikemukakan bagi penubuhan KSS ialah:
• Memperbaiki keadaan ekonomi Negara membangun
• Mengatasi masalah ketidak tentuan harga bahan mentah
yang disebab kan Negara maju
• Berusaha mencari jalan melunas kan hutang Negara
membangun
• Menubuh kan Suruhanjaya Selatan-selatan untuk
mengemuka kan syor syor untuk mengelak kan tekanan Negara maju
v KSS berperanan menjaga kepentingan ekonomi
negara-negara membangun
PERANAN PBB
Malaysia menyertai PBB pada 17 september 1957 selepas mencapai
kemerdekaan. Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua Negara
anggota serta tidak ada Negara yang boleh campur tangan dalam hal ehwal Negara
lain.
PBB juga bermatlamat mewujud kan sebuah masyarakat dunia yang aman. Untuk
itu, kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlu kan. PBB memain kan peranan
dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia iaitu:
• Perhimpunan agung PBB
• Majlis keselamatan
Kepercayaan PBB kepada kebolehan dan kemampuan Malaysia jelas apabila
Malaysia telah dipilih untuk memimpin Negara-negara kumpulan 77 yang ditugas
kan untuk membincang kan isu-isu pembangunan dunia. Malaysia juga telah dipilih
menjadi pemimpin ICDATT, iaitu agensi antarabangsa yang ditugas kan untuk
membanteras penyalah gunaan dadah. Selain memberikan pandangan, cadangan atau
teguran kepada badan dunia ini, Malaysia juga turut terlibat dalam melaksana
kan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961), Somalia
(1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).
Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatang kan banyak faedah. Contohnya,
WHO telah banyak membantu penyelidi kan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO
membantu pengeluaran makanan, manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan
Negara.
Penutup
Dapat
dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasakuasa
besar
untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua anggota
negaranegara
ASEAN.
Walau bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea
berdasarkan
Resolusi Pertubuhan Bangsa‐Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan
Antarabangsa
mengenai
Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep
ZOPFAN.
Kesimpulan
Akhir
sekali, daripada bab ini, kami dapat memahami sedikit-sebanyak tentang dasar
luar kerajaan Malaysia semenjak kemerdekaan hingga kini. Antaranya adalah,
menjaga mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabnagsa.
Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia.
Selainitu, mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan
wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negera lain.
Kami juga dapat mengetahui dan memahami tentang isu-isu semasa yang terlibat
dalam hubungan antarabangsa Malaysia.Setiap negara harus ada hubungan luar
untuk mencapai matlamat tertentu. Antaranya adalah untuk menjamin pertahanan
dan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan ekonomi perdagangan, kerjasama
antarabangsa dan diplomasi. Hubungan luar atau hubungan antarabangsa merupakan
satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.
No comments:
Post a Comment